PortalHomeFAQRegisterLog in
FrenzyFM
MINTA LAGU

Top posters
aiE-man
 
m!!s.bluRrr!!
 
ina eypoh92
 
Darkz_Emo
 
fatenbudaklolipop
 
harukichi_hayashida94
 
NaD
 
♥MiSZ iQQaH♥
 
FiSaU
 
DaKMuO
 
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 31 on Mon Dec 15, 2008 10:03 pm

Share | 
 

 Cinta Bisu(Cerpen)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
♥MiSZ iQQaH♥
Menyengat
Menyengat


Female Number of posts : 465
Age : 106
Location : Unknown Planet
Hobby : Unknown
MySpace / Friendster : www.myspace.com/iqqah
Registration date : 14/12/2008

PostSubject: Cinta Bisu(Cerpen)   Mon Dec 29, 2008 10:58 pm

Aku memandang keluar jendela…
Beberapa pelajar lelaki baru saja melepasi blok di mana ku diami sekarang.
Blok pelajar perempuan yang paling hampir dengan blok pelajar lelaki.
Entah mengapa tiba2 senyuman terukir dibibirku. Teringat kembali kenangan ku ketika belajar dahulu. Terkejar-kejar waktu kuliah yang tidak menentu. Dan tentunya aku yang liat bangun pagi ini sentiasa berada dimuka hadapan kelas ketika pensyarah sudah pun memulakan ayat pertamanya.

"Eh…Ya Allah pukul berapa ni? Tu lah sapa suruh berangan, omelku. Baru ku ingat aku ada kelas pukul 8 pagi ni. Selesai sahaja sarapan ringkas, air milo beserta biskut kering aku terus bergegas ke Kia Sutra milikku.

"Hai Cik Tina, lambat hari ni, dating ke semalam, sapa Kak Ina, dengan nama lain Dr. Alina pensayarah matematik merangkap bekas pensyarahku.

"Xdelah kak, semalam balik kampung jap, jenguk orang tua. Oklah kak, tina ada kelas ni, nanti kita sambung sembang ye time lunch nanti, hehe, balasku. Mana tak nya risau aku bila jam dah menunjukkan angka 7.55 pagi. Mana boleh seorang pensyarah yang berdedikasi seperti aku ni masuk lewat kelas. Hehe..masuk bakul angkat sendiri pulak.

Ku hirup perlahan teh ais kegemaranku. Hilang perit tekakku bersyarah pagi tadi. Tiba2 teringat kembali pertengkaran kecil antara aku dan ayahku semalam. Mana tak nya, tak ada angin tak ada ribut tiba2 ayah suruh aku kahwin. Ummi hanya membisu. Dengan mamat mana ntah, lupa pulak nama dia…Ah lantaklah malas aku nak layan. Aku baru je setahun jadi lecturer kat kolej ni, baru nak membina kerjaya umur pun baru 25, tak sanggup rasanya ada komitmen lain. Penat sambung belajar Master pun belum habis lagi. Boleh tu pulak ayah buat alasan perkahwinan ni sebenarnya satu wasiat. Wasiat dari ayahnya, merangkap datuk aku. Pelik jugak aku, mana tak nya atuk aku dah meninggal 3 tahun dah, takkan tiba2 atuk hidup balik kot.

"Hah!, sergah seseorang. "Ishh… akak ni buat terkejut je tau. Ku lihat kak Ina sudah pun menarik kerusi. Kak Pah pulak dengan nasi setimbunnya berada di cashier membayar harga makanan.

"Apa yang ko termenung ni tina. Pagi tadi dok elok2 je akak tengok ko happy. Sekarang dah macam PM lak memikirkan masalah negara." Terjetus ketawa kami berdua. Kalau bukan kerana kak Ina rasanya sampai sekarang aku masih lagi menjadi penganggur bertauliah. Dialah yang merekemenkan aku menjadi pensyarah.

"xde aoe2 lah kak, masalah keluarga, balasku. Kak Pah, 2 tahun tua dariku dah pun memulakan suapan pertamanya. Memang perangainya jenis tidak ambil tahu hal orang lain melainkan diminta.

-------------------------------------
Malam itu, ku terima panggilan dari seorang lelaki. Namanya Aiman. Macam pernah dengar je nama ni. Baruku ingat, inilah nama yang ayah sebut2 kan semalam. Aik macamana dia boleh tahu nombor telefon aku ni. Ni mesti ayah yang bagi, tak pun ummi. Katanya ingin berjumpa denganku hujung minggu ni. Mulanya aku menolak atas alasan sibuk. Tapi dia berkeras juga hendak jumpa siap nak jemput aku lagi.

Ahad…
"Betul ke dia nak jumpa akak kat Ayamas ni, dah sejam kita tunggu tak sampai2 pun lagi", bebel adikku, Alang . "Ala tunggu lah kejap, nanti akak belanja makanan best", balasku. Nasib baik alang tak mengamuk lepas dengar tawaran aku. Takut gak aku tiba2 alang buat perangai nak balik. Yelah tak pasal2 aku kena dating berdua dengan mamat aku belum kenal lagi ni. Lagipun dalam islam kan kata kalau nak berjumpa lelaki perempuan bukan mahrim mesti kena ada mahramnya. "Thanks alang, teman kakyong, ucapku.

Tiba2 lagu kegemaranku Aku Pasti Datang nyanyian Bunga Cinta Lestari berkumandang dari handpone. Tertera nama Aiman.

"Awak kat mana ni?, tanyanya. "Dekat Ayamas lah, dah sejam saya tunggu, balasku.
"La yeke, saya kat KFC ni, bukan ke awak yang kata kita jumpa kat sini. Xpelah kejap lagi saya kesana, talian ditutup.

Eh mamat ni, nak salahkan orang lain pulak. Dia yang cakap kat Ayamas salahkan kita pulak. Ntah2 dia ingat KFC dengan Ayamas sama je kot. Ah lantak lah malas lah nak gaduh. Jatuh standard aku sebagai pensyarah pujaan ramai.hehe.

Sambil membetulkan tudung dikepala, ku lihat kelibat seseorang menghampiri kami. Boleh tahan orangnya, tinggi, berkulit sawo matang, memang lelaki pujaan lah.

"Qistina Puteri?, tanyanya. Aku mengangguk. "Sorry buat Qis lama menunggu, salah abang tadi, tersilap tempat." Tersirap darahku bila dia membahasakan diriku Qis dan dirinya abang. Alang pulak dah merah muka tahan ketawa bila tengok diriku x keruan. Seumur hidupku tak pernah pun orang panggil aku Qis. Nak termuntah dengar pun ada. Tapi kenalah control ayu kan.

" Firdaus, my spy sihat?, katanya lagi menduga. "Ala bakal adik ipar abang yang paling hensem dan spy yang berkaki lebar di abad ini sentiasa sihat, balas alang seraya mengenyit mata kearah ku. Amboi2, tadi bukan main angin lagi dia bila kena tunggu lama, alih2 terus jadi sopan and peramahnya. "Aik korang dah kenal ke and spy, what that means ?,tanyaku. Soalanku hanya mencetuskan ketawa keduanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Kulihat inai dijariku, tersenyum aku melihatnya. Sejam sahaja lagi sahlah aku bergelar isteri kepada Aiman Daniel, lelaki yang ku puja sewaktu belajar dahulu. Rupanya jodohku bersama Aiman masih panjang. Aku mengenalinya melalui rakan baikku, Lisa. Aiman merupakan rakan baik boyfriend Lisa, Fahmi. Disebabkan aku masih single waktu itu, jadi aku layan je tapi perkenalan kami cuma melalui sms dan friendster sahaja. Waktu itu aku hanya tahu namanya sekadar Daniel bukannya Aiman Daniel. Perkenalan kami terlalu singkat hanya beberapa bulan kerana kurasakan Daniel bukan jejaka pilihanku kerana sifatnya yang terlalu pemalu dan sepanjang perkenalan kami tidak pernah dia menelofonku. Akhirnya perhubungan itu tergantung tiada penghujung. Ketika itu aku masih tahun 2 ijazah sarjana mudaku. Manakala dia baru mendapat pekerjaan sebagai jurutera awam di sebuah syarikat bumiputera.

Selama tergantungnya perhubungan kami, selama itu juga dia cuba menghubungi keluargaku menyatakan hasratnya ingin meminangku tanpa pengetahuanku . Kata ayah dan ummi, keberanian dan ketulusan hati Aiman menyebabkan mereka menerimanya dan berjanji menjodohkan kami berdua. Dan dalam masa yang sama ayah menghantar alang sebagai spy Aiman bagi memberi perkembangan ku. Bila difikir lucu pulak rasanya. Rupa2 nya mereka hanya berpakat menyatakan bahawa perkahwinan ini satu wasiat supaya aku bersetuju berkahwin dengan Aiman. Kesian arwah atuk, tak bersalah pun dalam hal ini. Tetapi tanpa atuk, ayah, ummi, alang dan adik2 ku yang lain, tak mungkin aku akan bersama bekas kekasih gelapku pada hari ini.

---------------------------------
Ketukan dari pintu biikku menyebabkan degupan jantungku tidak keruan. Sudahku siapkan diri untuk menghadapi malam ini. Jeng.jeng.jeng.

"Boleh abang masuk?, terdengar suara disebalik pintu.

"Silalah", jawabku ringkas. Aiman dengan wajahnya yang bercahaya berjalan kearahku. Sungguh tampan sekali, berbaju melayu cekak musang berserta kain pelekat sedondon dengan baju.

"Tak tidur lagi sayang, tunggu abang ye."Romantik2 lah pulak, dulu masa mula2 kenal takde pulak macam ni, omelku dalam hati sambil tersenyum.

"Terima kasih kerana sudi terima abang, ingatkan ayang dah lupakan abang 4 tahun lepas," ujarnya sambil memegang tanganku.

"Saya dah lama terima abang, sejak kita mula sms lagi, tapi….,"belum sempat ayatku habis dia meletakkan jarinya ke bibirku.

"Ye abang tahu, abang terlalu dingin waktu itu, dingin untuk bercinta dan akhirnya bila ayang pergi dari hidup abang, abang baru tahu abang sudah jatuh cinta lebih2 lagi sesudahnya melihat ayang dari jauh. Bila abang ingin meluahkan perasaan, abang dapat tahu ayang sudah berpunya waktu itu, "jelasnya, terpamir keikhlasan diwajahnya.

Ketawaku mendengar penjelasannya. "Mana tahu yang ayang dah berpunya waktu tu?, tanya ku, dan tiba2 ku malu sendiri bila perkataan ayang terkeluar dari mulutku.

"Fahmi yang cakap kat abang Tina dah berpunya, Lisa yang bagitahu …hancur luluh hati abang time tu tau, tapi rupa2nya Lisa just want to test me whether I’m really sincere to u or not,"tokoknya lagi seraya tersenyum. Tangan membelai rambutku lembut. Terasa selamat diperlakukan begitu.

"Bila je dapat tahu yang u r still free terus abang jumpa keluarga ayang atas bantuan Lisa and disebabkan ayanglah, abang berubah menjadi seoarng lelaki yang berani,"tambahnya lagi sambil mengangkat tangannya seperti membuat aksi bina badan.

Terharu ku mendengar ceritanya dan x semena2 air mataku tumpah ke ribanya. "Terima kasih abang, kerana memberi cinta yang ikhlas ini tapi abang kata abang pernah jumpa ayang?, tanyaku tiba2.

"Hehe…ingat x time konvo abang masa Fahmi suruh abang jumpa ayang dan Lisa?, tanyanya seraya ku mengangguk."Kan abang kata abang x dapat jumpa kan, tapi sebenarnya abang cuba lihat korang bertiga dari jauh, time tu memang xde kekuatan lagi nak jumpa ayang. First love lah katakan. Tapi abang yakin waktu itu, wajah ayanglah yang hadir dalam istikarah abang dan bakal menjadi isteri dan ibu kepada anak2 abang ini," balasnya seraya mendekatkan dirinya kearahku. "Jadi boleh x ayang menyayangi abang seperti mana abang menyayangi ayang dan menjadikan ibu kepada anak2 kita kelak?" Aku mengangguk malu sambil satu kucupan hinggap di ubun2 ku. Dapat kudengar ada doa yang diucap dibibirnya dan aku merelakan apa yang terjadi kepada diriku kerana tika ini aku menyerahkan segala2nya kepada suami yang kucintai Aiman Daniel, bekas kekasih gelapku.

------------------------------
Ya Allah, aku bersyukur padamu, kau kurniakan seorang insan yang benar2 menyayangi ku kerana Mu Ya Allah. Cambahkan dan suburkanlah cinta didalam hati kami, dan hadirkanlah kami zuriat yang soleh pengikat kasih sayang kami dunia akhirat. Amin…kepadaMu ku berserah segala….

"Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandangnmu…
Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Back to top Go down
http://download-official.blogspot.com
harukichi_hayashida94
Brutal
Brutal


Female Number of posts : 620
Age : 22
Location : bawah langit/patin city
Hobby : carik gado,cuci mate,makan milo..
MySpace / Friendster : www.myspace.com/quaint_daffodil
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: Re: Cinta Bisu(Cerpen)   Tue Dec 30, 2008 1:33 am

adehh..
cter ni ko copy ke cter rekaan ko??
bg aku la..
cter ni cm bese2 jerkkk..
sbb prob lam cter nih selalu ngat jadik..
anyway..
keep it up.. Cool
Back to top Go down
♥MiSZ iQQaH♥
Menyengat
Menyengat


Female Number of posts : 465
Age : 106
Location : Unknown Planet
Hobby : Unknown
MySpace / Friendster : www.myspace.com/iqqah
Registration date : 14/12/2008

PostSubject: ~   Tue Dec 30, 2008 2:22 pm

Aku Copy&paste Jek Cite nehh..
MLs nak nayep~!
kihkihkih~!
lol! lol! lol!
Back to top Go down
http://download-official.blogspot.com
ina eypoh92
Brutal
Brutal


Female Number of posts : 837
Age : 23
Location : kg sri kinta,eypoh,pay rock,malaysia,bumi...
Hobby : mamam,surf net,bce buku n so on..
MySpace / Friendster : ms-normie_azwarina@yahoo.com....fs-normiemuslim@yahoo.com
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: Re: Cinta Bisu(Cerpen)   Thu Jan 01, 2009 3:53 pm

♥MiSZ iQQaH♥ wrote:
Aku Copy&paste Jek Cite nehh..
MLs nak nayep~!
kihkihkih~!
lol! lol! lol!

patot r byk cter2 pnjg ko tarok..
adess..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Cinta Bisu(Cerpen)   Today at 12:29 pm

Back to top Go down
 
Cinta Bisu(Cerpen)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FrenzyFM Forum (Original: Dak-YM) :: Sekapur Sirih :: Coretan-
Jump to: