PortalHomeFAQRegisterLog in
FrenzyFM
MINTA LAGU

Top posters
aiE-man
 
m!!s.bluRrr!!
 
ina eypoh92
 
Darkz_Emo
 
fatenbudaklolipop
 
harukichi_hayashida94
 
NaD
 
♥MiSZ iQQaH♥
 
FiSaU
 
DaKMuO
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 31 on Mon Dec 15, 2008 10:03 pm

Share | 
 

 Atas Nama Cinta(Cerpen)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
♥MiSZ iQQaH♥
Menyengat
Menyengat


Female Number of posts : 465
Age : 106
Location : Unknown Planet
Hobby : Unknown
MySpace / Friendster : www.myspace.com/iqqah
Registration date : 14/12/2008

PostSubject: Atas Nama Cinta(Cerpen)   Mon Dec 29, 2008 10:51 pm

Aku terkelu. Dengan wajah yang serius Nenek Odah mengumumkan perkahwinan antara aku dan Khalif. Aku berdiam. Membisu seribu kata. Majlis pada malam itu penuh dengan kejutan. Jawatan Pengarah Urusan diserahkan kepada Khalif tanpa pengetahuannya. Aku memandang Khalif. Wajahnya merah padam. Menahan malu. Mungkin marah. Sekalian hadirin mengucapkan tahniah. Aku memberikan senyuman termanis agar tiada yang terkilan.

"Nek, apa ni? Apa yang nenek nak buat sebenarnya?" Khalif bersuara. Harga dirinya bagai dipermainkan.
"Nenek buat yang terbaik." Jawab Nenek Odah. Pendek.
"Terbaik? Nek, dah elok Mak Uda pegang jawatan tu. Kenapa nak serah pada saya? Saya tak fikir saya akan dapat teruskan. Syarikat tu bukan dibawah seliaan saya selama ni." Khalif mendengus pendek.
"Khalif, Mak Uda kamu tu ada bisnes sendiri. Sampai masa, kamu akan tetap memegang jawatan tu."
"Tapi, nek.."
"Khalif, kamu harapan nenek. Kamu satu-satunya waris yang ada. Siapa lagi kalau bukan kamu." Khalif mengangguk lemah. Mengalah.
"Baiklah. Saya terima. Tapi, ini.." Khalif mengunjuk kearahku. Aku kaget. Seraya mendekati Nenek Odah. "Apa semua ni? Kenapa saya perlu kahwin dengan dia ni?"
"Dania ni baik, Khalif. Cubalah kenal dia."
"Nenek, saya tak cintakan dia. Macam mana saya nak kahwini dia. Lagipun saya dah ada pilihan sendiri."
"Pilihan sendiri? Maksud kamu Anisya? Nenek tak fikir dia perempuan baik."
"Tapi, nenek belum kenal Anisya. Tentu nenek akan suka dia nanti. Lagipun, tanggungjawab saya semakin bertambah di syarikat. Saya tak mahu ada masalah lain pula di rumah nanti." Khalif menjeling tajam ke arahku.
"Masalah? Perkahwinan bukan satu masalah, Khalif. Ia satu jalan untuk mencapai kebahagiaan. Juga satu ibadah."
"Macam mana saya nak bahagia kalau saya berkahwin dengan orang yang saya tak suka."
"Kamu belum kenal Dania. Jangan menilai sesuatu sekadar dari luaran sahaja."
"Tapi, nek.."
"Sudah! Keputusan nenek muktamad. Dania tetap akan menjadi isteri kamu." Nenek Odah bangun menuju ke kamarnya. Aku menjadi haru. 'Apa nak buat ni? Takkan nak tunggu di sini. Balik bilik sajalah.'
"Tunggu!" Suara Khalif menghentikan jerap langkahku. Aku terkedu. "Apa yang awak dah jampi pada nenek? Apa kelebihan awak sampai nenek tunduk pada awak?" Kata-kata Khalif menikam perasaanku.
"Apa awak cakap ni? Saya tak pernah buat semua tu." Khalif menjuih.
"Sudahlah, jangan nak berpura-pura. Saya takkan percayakan orang macam awak ni. Dengan nenek bolehlah awak nak bermuka-muka. Miskin tak sedar diri! Menumpang!" Aku terdiam. Terkejut mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Khalif. 'Hinakah aku?'
"Encik Khalif. Saya sedar, saya hanya menumpang. Tapi awak tak boleh menghina saya sampai macam tu. Saya pun ada maruah. Ada harga diri. Jangan nak fitnah saya yang bukan-bukan."
"Harga diri? Maruah? Maruah apa lagi yang awak ada? Dari dulu sampai sekarang awak memang tak tahu malu! Nenek macam dah kena pukau dengan muka kesian awak tu! Saya pun tak tahu sampai bila nenek akan terus dipergunakan oleh awak!" Aku semakin panas. Tuduhan tak berasas dilemparkan sewenang-wenangnya ke atasku.
"Awak boleh cakap apa saja. Tapi awak kena ingat, bukan saya yang minta semua ni. Saya lebih rela jadi anak dara tua daripada mengahwini lelaki seperti awak ni!"
"Perempuan macam awak ni, jangan kata saya, lelaki #%*#$ pun tak ingin! Berambuslah, jadi anak dara tua! Keluar dari rumah ni, lagi bagus!" Khalif mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan sekuatnya. Protesnya keatas nenek belum bersuam. Marahnya kian membakar. Aku terduduk disofa. Air mata yang berjujuran kian laju. Tak tertahan sedih dihatiku menerima kata-kata itu dari bibir Khalif. 'Ya ALLAH, mengapa semakin aku cuba membenci Khalif, semakin dalam cintaku padanya?'

Suasana sekitar kawasan membeli-belah itu sesak. Aku berjalan menelusuri dicelah-celah orang ramai. Mencari ketenangan agar dapat kukuatkan semangatku. Demi Nenek Odah. Seraya aku terkejut apabila terpandang seorang wanita yang amat kukenali. 'Anisya?' Pinggangnya dilingkari tangan seorang lelaki. Rapat. Menampakkan kemesraan bagaikan pasangan yang telah berkahwin. Sekali lagi aku terpana apabila pipi mulus Anisya disentuh bibir lelaki itu. Tidakku sangka perempuan seperti Anisya yang berpakaian sopan dan menonjolkan imej seorang gadis Melayu akan bertindak sebegitu sekali. Di khalayak ramai. Anisya menerima kucupan lelaki itu dengan senyuman yang girang. 'Begini cara hidup dia? Rosak anak Melayu.' Aku melangkah dari situ. 'Inilah gadis baik yang layak dikahwini oleh Khalif. Sedangkan aku hanya layak untuk lelaki #%*#$.' Aku tersenyum sendirian. Jauh disudut hati, aku sedih memikirkan pilihan Khalif yang jauh menyimpang dari sangkaannya.

"Nia.." Aku tersentak. Mak Uda duduk disebelahku.
"Mak Uda. Dah lama sampai?" Mak Uda menggeleng.
"Menung jauh sampai tak sedar Mak Uda ada di sini?" Aku tersenyum sipu.
"Tak adalah, Mak Uda. Nia tengok ikan-ikan ni.."
"Nia masih nak berbohong?" Mak Uda memandangku. Aku terkelu. "Kamu memikirkan sesuatu? Pasal perkahwinan kamu?" Aku diam seketika. Perkahwinan yang dirancang sejak awal oleh Nenek Odah tetap akan dilangsungkan. 'Mak Uda boleh baca fikiran aku?'
"Nia.." Mak Uda memeluk bahuku. "Kamu tak kisah? Kalau kamu membantah, boleh beritahu nenek. Mak Uda yakin, nenek takkan paksa."
"Tak apalah, Mak Uda. Nia tak kisah. Lagipun, kesihatan nenek semakin merosot kebelakangan ni. Nia tak mahu apa-apa terjadi pada nenek. Mungkin, ini saja cara untuk Nia membalas jasa nenek. Nenek dah lama menjaga Nia. Nia tak mahu nenek susah hati sebab Nia."
"Tapi, Khalif.. Kamu betul-betul tak kisah?"
"Nia pasti Mak Uda. Khalif akan faham suatu hari nanti. Mak Uda jangan risau." Senyuman tawar kulemparkan. Cepat-cepat kulontarkan pandangan ke dasar kolam ikan dihadapanku. Titisan jernih bergenang dikelopak mataku. Aku menahan tangis. Pilu memahat jiwa apabila terkenangkan kata-kata Khalif keatasku.

Malam kian melarut. Aku memandang ke luar jendela. Sengal seluruh tubuh kurasakan. Keletihan melayani tetamu yang hadir mengunjungi majlis perkahwinanku. Dengan satu lafaz, aku menjadi isteri Khalif yang sah. Dalam ikatan suci. Aku meniti pandangan pada jam dinding. '2.30 pagi..' Khalif masih belum muncul. Sejak siang hari lagi Khalif cuba mengelak berdepan denganku. Keengganannya mengahwiniku semakin menebal. Aku memandang lagi ke luar jendela. Bintang-bintang di langit kian suram. Semuram hatiku yang sebak berduka. Tidak pernah kuterfikir untuk menjadi suri hidup Khalif. Takdir membawaku jauh dalam realiti yang harus kuterima. Biarpun hati terhiris luka.
Aku menyalin pakaian pengantin yang kupakai sejak siang tadi. Berat mataku untuk bertahan. Lamaku mambasuh muka di bilik air. Aku tersipu apabila terpandang Khalif duduk dibucu katil tatkala melangkah keluar. Khalif diam tidak bersuara. Langkah kuteruskan. Merebahkan diri untuk memulakan lena biarpun hatiku sedikit bimbang. Selimut kutarik perlahan-lahan.
"Saya harap awak faham tentang sesuatu." Aku membuka mata. "Saya takkan terima awak sebagai isteri. Ini semua atas permintaan nenek. Bukan kehendak saya." Khalif bangun mencapai bantal disebelahku. "Kita akan tidur berasingan. Awak tidur di sini. Saya akan tidur disofa." Pandanganku meniti langkahnya. Dalam diam aku bersetuju dengan permintaan Khalif. Hatiku masih belum bersedia untuk menerima statusku sebagai isterinya. Aku senang dengan situasi ini. 'Nasib baik.'

Suara azan yang berkumandang mengejutkanku dari lena yang panjang. Aku membuka mata perlahan-lahan. Melihat tempat peraduan Khalif. Kosong. 'Dah bangun agaknya.' Dugaku. Aku bangun untuk mengambil wuduk. Fajar Subuh masih muda. Kain telekung kucapai. Aku menuju ke bilik solat. Tiba-tiba langkahku terhenti. Tersirap darahku apabila Khalif tiba-tiba muncul dari dalam bilik itu. Khalif merenungku. Lama. Songkok dikepalanya ditanggalkan. Aku hanya tersenyum. Lekas-lekas melangkah masuk. Pintu kututup rapat. Aku menarik nafas dalam semahuku. Debaran itu masih bersisa. Biarpun telah lama kubekukan hatiku untuk Khalif. 'Astaghfirullah..' Solat Subuh kucuba tunaikan sekhusyuknya.
Selesai bersolat aku masih berbahagi. 'Harap-harap dia dah keluar.' Aku membuka pintu perlahan-lahan. Melangkah keluar dengan berhati-hati. Sangkaanku meleset apabila terpandang Khalif masih berada di dalam kamar. Sambil membaca sebuah buku ditangannya. Aku tidak mempedulikannya. 'Buat hal sendiri sajalah..'
"Awak.." Tiba-tiba Khalif bersuara. "Duduk sini. Saya nak cakap sesuatu." Permintaan Khalif kupenuhi. 'Apa lagi ni?' Khalif merenungku. Aku tersipu.
"Ada apa?" Soalku. Segan dipandang begitu.
"Saya nak awak buat macam biasa. Tolong rahsiakan semua ni. Awak pun tahu kesihatan nenek. Harap awak faham." Aku mengangguk perlahan.
"Saya tahu. Jangan risau." Buat pertama kalinya Khalif tersenyum kepadaku. Aku terkesima. Mukaku terasa panas. Degupan jantungku kian laju. Lidahku kelu tidak terkata. Terpana melihat senyuman yang kuimpikan selama ini. 'Khalif senyum dengan aku?' Hatiku kian berbunga semula.

Lima bulan berlalu. Percutian ke Danga Bay atas perancangan Nenek Odah tidak pernah kuduga. Permintaan Nenek Odah terpaksa aku dan Khalif tunaikan. Untuk bulan madu katanya.
"Dah berbulan Khalif dan Dania berkahwin. Urusan syarikat pun dah stabil. Nenek cadangkan kamu berdua pergilah bercuti." Itulah kata-kata keramat yang membawaku dan Khalif ke tempat ini. Sehari suntuk aku berjalan-jalan di sekitar pantai. Mengindahkan fikiran yang suram memikirkan perkahwinanku. Layanan Khalif terhadapku kian berubah sejak akhir-akhir ini. Senyuman juga semakin kerap terukir diwajahnya. Entah mengapa hatiku tiba-tiba terbentak. Wajah Khalif muncul dalam ruang ingatanku. Sejak pagi lagi aku tidak melihat kelibatnya. Entah ke mana. Aku melangkah pulang ke hotel. Azan Maghrib berkumandang. Selesai bersolat, aku merebahkan diri di atas katil. Mataku terasa berat. Wajah Khalif muncul lagi. Hatiku tidak tenang. Deringan telefon tiba-tiba memutuskan lamunanku.
"Hello, Puan Dania.." Suara seorang wanita kedengaran dihujung talian.
"Ya, saya."
"Saya dari Hospital Sultanah Aminah. Kami menerima seorang pesakit yang terlibat dalam kemalangan dan mendapati dia adalah suami puan. Saya ingin meminta puan datang ke sini. Kami memerlukan tandatangan puan untuk menjalankan pembedahan." Aku terduduk. 'Khalif..' Lidahku kelu seketika. Terasa lemah seluruh tubuhku.
"Teruk ke?"
"Suami puan perlu dibedah untuk membuang ketulan darah didalam kepalanya." Sekali lagi jantungku berdegup laju. Aku bergegas. Dihatiku hanya mendoakan agar Khalif selamat.

'Dania,
Untuk pertama kali, degup jantungku berdetak laju. Di pagi yang hening itu hatiku terpegun seketika. Pandanganku terpukau dengan wajahmu yang jernih dibasahi air suci. Dalam hatiku hanya mampu mengucapkan kalimah-kalimah ALLAH. Lidahku kelu untuk berbicara. Siapakah bidadari dihadapanku?

Dania,
Saya masih tertanya-tanya, kenapa saya begitu membenci awak dahulu? Kenapa saya tak sedar bahawa bidadari saya yang sebenar berada di sisi saya selama ini? Senyuman awak telah membuka hati saya, Dania. Jujur. Saya telah jatuh cinta pada awak. Hati saya terpaut pada awak sejak hari pertama awak sah menjadi isteri saya.

Dania,
Jauh disudut hati, saya menyesal kerana telah banyak melukakan hati awak. Saya bersyukur kerana Tuhan telah membuka hati saya untuk gadis seistimewa awak. Gadis yang telah menjadi suri hidup saya. Ratu mahligai yang saya impikan saya selama ini.

Dania,
Lima bulan saya menunggu untuk hari ini. Sudikah awak menerima cinta saya? Seorang lelaki yang telah banyak melukakan hati awak.

Dania,
Atas nama cinta, saya menanti awak.
I love you.

Khalif.'

Butiran jernih meniti laju dipipiku. Aku terduduk disisi katil Khalif. Surat yang dihantar bersama sejambak bunga oleh pihak hotel kugenggam erat. 'Khalif..' Khalif membisu. Matanya terpejam erat. Tubuh kaku itu kutatap sayu.
"Ya ALLAH.." Mak Uda memeluk bahuku. Pandanganku hampir kelam. Aku cuba menguatkan kaki. Bangun kesisi Khalif. Wajahnya pucat. Koma. Tangan Khalif kugenggam erat. 'Saya cintakan awak.'
"Maafkan aku, Nia." Hafsham bersuara. "Khalif dah rancang semuanya untuk kau. Tapi, tak sangka keadaan ini akan berlaku. Sabarlah, Nia. Aku yakin Khalif akan sedar. Kita sama-sama doakan dia." Kenyataan Hafsham membuatkan hatiku semakin sebak. 'Rancang untuk aku?' Aku memandang sayu wajah Khalif.
"Awak..saya juga cintakan awak. Bukalah mata awak. Pandanglah saya. Bangunlah awak. Atas nama cinta, tolonglah bangun.."
:luv:
Back to top Go down
http://download-official.blogspot.com
ina eypoh92
Brutal
Brutal


Female Number of posts : 837
Age : 23
Location : kg sri kinta,eypoh,pay rock,malaysia,bumi...
Hobby : mamam,surf net,bce buku n so on..
MySpace / Friendster : ms-normie_azwarina@yahoo.com....fs-normiemuslim@yahoo.com
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: Re: Atas Nama Cinta(Cerpen)   Thu Jan 01, 2009 3:52 pm

pnjgnyer..
adess..
kat ner ko amik ney..
Back to top Go down
harukichi_hayashida94
Brutal
Brutal


Female Number of posts : 620
Age : 22
Location : bawah langit/patin city
Hobby : carik gado,cuci mate,makan milo..
MySpace / Friendster : www.myspace.com/quaint_daffodil
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: Re: Atas Nama Cinta(Cerpen)   Sun Feb 15, 2009 12:10 pm

besnyerr....
walaupon panjang,sggup ku bace smpi ke akhir...wahh..
ko reka ke ko cilok nih???
papepon,ai laikkkkkkkkkkkk..
:luv: :luv: :luv:
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Atas Nama Cinta(Cerpen)   Today at 3:39 pm

Back to top Go down
 
Atas Nama Cinta(Cerpen)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FrenzyFM Forum (Original: Dak-YM) :: Sekapur Sirih :: Coretan-
Jump to: