PortalHomeFAQRegisterLog in
FrenzyFM
MINTA LAGU

Top posters
aiE-man
 
m!!s.bluRrr!!
 
ina eypoh92
 
Darkz_Emo
 
fatenbudaklolipop
 
harukichi_hayashida94
 
NaD
 
♥MiSZ iQQaH♥
 
FiSaU
 
DaKMuO
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 31 on Mon Dec 15, 2008 10:03 pm

Share | 
 

 loceng misteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Darkz_Emo
Brutal
Brutal


Male Number of posts : 738
Age : 21
Location : sabah
Hobby : surf internet
MySpace / Friendster : www.myspace.com/safiqyunus
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: loceng misteri   Sat Dec 27, 2008 11:45 pm

Majid dan Salmah hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.

Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yg berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yg ditugaskan untuk menolong keluarga miskin
seperti Majid dan Salmah. Dia memberi Majid sebuah kotak yg berisi loceng kecik.

"Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar" jelas Tajudin.

"Ah?????? dapat duit 1 juta???....klakkar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?" Majid bersuara.

"Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu....tapi....di saat awak bunyikkan loceng itu, seseorang yg awak tidak kenali akan mati" sambung Tajudin lalu beredar dari situ.

Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Majid nak buang saja kotak itu, sementara si Salmah seboleh boleh suruh laki dia bunyikkan loceng didlm kotak itu.

"Awak nie kan.....percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?"

"Lah abg nie....cuba sajalah, mana tahu apa yg dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang" balas Salmah.

"Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini....abih nanti ada org yg akan mati tau...tak ker kita nie jadi pembunuh?"

"Alah abg nieee, hari hari ada org matilah...lagi pun kan encik Tajudin tu cakap org yg akan mati ialah seseorang yg kita tidak kenali......alahhhh bunyikan je lah"

Atas desakan si isteri, Majid akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper aper yg berlaku.

"Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu je...sudahlah....buat buang masa aku je..." keluh Majid sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.

Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.

"Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini" sambil memberi beg berisi wang kepada Majid dan Salmah.

Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yg mereka benar-benar mendapat wang 1 juta dollar itu. bukan main hepi lagi dia orang nie.

"Boleh saya ambil semula kotak yg saya berikan semalam?" Tajudin bersuara.

"Oh boleh-boleh heheh" balas Majid sambil memberi kotak berisi loceng itu, "Betul kee ada org yg mati bila kami bunyikan loceng ini?"

"Ya betul, org tu dah pun mati......tapi jgn bimbang org yg mati itu adalah seorang yg TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin

"Apa yg anda ingin buat dgn kotak ini?" tanya Majid lagi.

"Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yg susah dan saya akan berikan syarat yg sama juga seperti saya berikan pada anda." jawab Tajudin.

"Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yg encik Tajudin ingin berikan?" tanya Salmah

"Oh jgn bimbang. saya akan berikan pada seseorang YG TIDAK ANDA KENALI" jawab Tajudin lalu beredar dari situ.
Back to top Go down
http://www.download-official.tk
 
loceng misteri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FrenzyFM Forum (Original: Dak-YM) :: Sekapur Sirih :: Lawak Jenaka & Humor-
Jump to: