PortalHomeFAQRegisterLog in
FrenzyFM
MINTA LAGU

Top posters
aiE-man
 
m!!s.bluRrr!!
 
ina eypoh92
 
Darkz_Emo
 
fatenbudaklolipop
 
harukichi_hayashida94
 
NaD
 
♥MiSZ iQQaH♥
 
FiSaU
 
DaKMuO
 
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 31 on Mon Dec 15, 2008 10:03 pm

Share | 
 

 Prebet Comel

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
♥MiSZ iQQaH♥
Menyengat
Menyengat


Female Number of posts : 465
Age : 106
Location : Unknown Planet
Hobby : Unknown
MySpace / Friendster : www.myspace.com/iqqah
Registration date : 14/12/2008

PostSubject: Prebet Comel   Fri Dec 26, 2008 8:16 pm

Pada masa dan ketika ini tiada siapa yang dapat memahami dilema hatinya. Persoalan tentang apakah keutamaan dalam hidupnya kini menjadi beban yang kian menggunung dalam benaknya. Persoalan mengenai dirinya selaku seorang yang bergelar wanita dan persoalan prinsip hidupnya yang dijunjung selama ini.

Wajarkah dia membuat pilihan antara keduanya atau salah satu daripadanya perlu dikorbankan demi yang satu lagi? Semakin diharungi permasalahan ini, semakin kuat jiwanya terjerut.

Kapten Nor Baizura terus tekun menyudahkan kerjanya. Sesekali dia tersentak apabila anak kecil yang menerima tusukan picagari itu meraung kesakitan. Ungkapan memujuk terhambur keluar dari mulutnya serta-merta yang serba sedikit meringankan bebanan kesakitan anak itu.

Pagi itu nampaknya tidak ramai Orang Asli yang mengunjungi khemah perubatannya, mungkin kerana sudah seminggu lawatan khidmat itu berlangsung dan esok mereka perlu pulang semula ke Kem Oya di Sibu, Sarawak.

Inilah sumbanganku kepada negaraku yang tercinta ini. Di ketika aman, aku bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyumbangkan khidmat bakti yang dicurahkan kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman.

Kapten Nor Baizura sudah hampir tiga tahun berkhidmat sebagai doktor di dalam ATM. Setelah tamat pengajian perubatannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dia terus sahaja memohon untuk berkhidmat di dalam angkatan tentera. Keluarganya sememangnya keluarga tentera, daripada ayahnya seorang pesara tentera dan juga tiga orang abangnya yang telah sekian lama berkhidmat di dalam ATM.

Ternyata darah pahlawan tetap mengalir dalam tubuh mereka dan kini dia pula adalah serikandi negara. Pesanan keramat ayahnya menjadi nadi yang sekian lama diterapkan dalam dirinya. Disiplin yang kuat tertanam dalam dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya pada ketika ini. Prinsip ini tidak mungkin akan dapat diganggu-gugat, sehinggalah ketika ini.

Seribu tahun sekalipun takkan dapat mengubah ketentuan yang Maha Esa bahawa aku sememangnya seorang wanita. Wanita dan kecantikan adalah sesuatu yang amat akrab sekali, maka diriku tidak pernah terkecuali. Sememangnya ia pernah kulupakan suatu ketika dahulu.

Ujian getir sewaktu menjalani latihan tiga bulan sebelum bergelar tentera dahulu membuatkanku alpa akan keperluan menjaga kecantikan itu. Sehinggalah kini juga, aku bagaikan tidak diberikan sebarang kesempatan waktu untuknya. Inikah bayaran yang aku harus terima? Kulit mukaku yang agak kusam dan kasar akibat panahan matahari setiap hari terus-terusan menggusar hatiku.

Pun begitu aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Aku tak pernah pun merasa takut akan peluru yang berupaya menerjah dadaku di kala perang tetapi kini aku takut, takut pada pandangan mata orang lain terhadap diriku. Berikanlah aku petunjuk Ya Allah.

Pada petang itu, Kapten Baizura menerima lawatan daripada Kapten Shahril. Agak menggelabah sedikit dia apabila menerima lawatan mengejut tersebut. Bukannya tidak biasa, tetapi entah mengapa kunjungan Kapten Shahril sering kali mengundang seribu persoalan.

Bukan baru sehari dua dia mengenali Shahril tetapi sudah seawal penglibatannya dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sewaktu di universiti dahulu. Shahril juga adalah anggota Palapes di Universiti Teknologi Malaysia. Kami pernah bertemu beberapa kali sewaktu kursus bersama dahulu.

Di pertemuan itu juga semacam ada bibit-bibit perasaan yang terpendam di hatiku dan kami saling berhubung. Namun, dek kesibukan dan persediaan menghadapi peperiksaan di tahun akhir pengajianku, hubungan kami terputus begitu sahaja.

Sehinggalah aku ditugaskan di Sarawak, kusangka manusia yang bernama Shahril itu hanya tinggal dalam lipatan sejarahku sahaja. Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga dan menghalang, Shahril kini berpangkat Kapten dalam Kor Jurutera ATM sebagai jurutera kanan. Baru dua bulan ditukarkan ke Sarawak!

Sudah beberapa kali kami bertemu namun semuanya atas urusan rasmi. Jauh di lubuk hatiku berdetik tentang perubahan yang berlaku pada Shahril. Dahulu dia seorang yang periang dan lucu. Masih terbayang-bayang di mataku akan kelucuan Shahril sewaktu cuba untuk mendekati diriku sewaktu latihan bersama dahulu.

Adakah dia berkecil hati padaku kerana aku menyebabkan hubungan kami terputus begitu sahaja dahulu? Adakah sebenarnya Shahril telah bertemu orang lain yang lebih sesuai untuk dijadikan teman hidupnya? Adakah aku ini sebenarnya tidak lagi mempunyai daya penarik di mata Shahril?

Dahulu dia selalu mengusikku dengan menggelarkanku “Prebet Comel”, musuh pun takkan sampai hati nak tembak askar yang comel sepertiku, katanya.

Mungkin itu hanya kenangan lalu sahaja yang tak mungkin diulang kembali. Aku pasrah terhadap ketentuan Allah, jika jodoh antara kami sememangnya tiada. Bukan niat di hati untuk tidak mempedulikan Shahril dahulu. Mungkin itulah kesilapan yang paling besar pernah kulakukan dalam hidupku.

Mungkin itulah juga ketentuan Allah dalam perhubungan kami. Tapi haruskah aku terus pasrah kepada sesuatu yang lain, sesuatu yang belum lagi ditentukan Allah terhadap diriku, tentang diriku, tentang penampilanku.

Di kala usiaku menginjak 27 tahun, aku sudah pun berjaya dalam kerjaya yang aku ceburi. Walaupun aku seorang serikandi yang lasak mempertahankan negara, tidak semestinya kecantikan diri ini terpaksa kukorbankan juga. Persoalan yang melingkari fikiranku terlerai juga akhirnya.

Permasalahan itu mudah sahaja dirungkai oleh ayahku. Nama Tun Fatimah, srikandi Melaka acapkali dijadikan contoh olehnya. Wanita itu merupakan idolaku kini, seorang pejuang yang cintakan tanah airnya dan sanggup berkorban untuknya tapi masih tetap anggun dengan kecantikan yang dimilikinya.

Aku juga ingin menjadi sepertinya. Aku ingin kembali memiliki wajah 'comelku' yang dahulu. Aku bertekad sekarang, sebulat tekadku untuk gugur di medan perang demi negaraku.

Aku menelusuri sejarah hidupku kembali. Aku mempunyai misi khas kini sempena kepulanganku ke kampung untuk bercuti pada kali ini. Bilik tidurku kuselongkar berhati-hati, pencarianku terhenti seketika apabila kutemui kembali gambar Shahril yang kurakamkan sewaktu latihan Palapes di Kem Ulu Kinta, Perak dahulu, di mana aku menggondol tempat pertama acara menembak dan menjulang nama UKM dan Shahril hanya tersenyum dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Pencarianku itu kuteruskan juga tanpa aku tahu arah tujuanku. Namun pencarian tersebut berakhir dengan penemuan sesuatu yang pernah aku dambakan. Kutemui kotak kosong krim pencerah muka Fair & Lovely di antara susunan buku-buku lama. Sepantas kilat kenangan lalu menerjah ke kotak fikiranku, krim inilah yang menjadi penemanku ketika aku bersekolah dahulu sehinggalah ke universiti.

Aku masih ingat belaian dan sentuhan lembutnya ke atas kulitku. Betapa berertinya ia padaku ketika itu. Namun telah sekian lama aku lupakan ia, masih ingatkah lagi ia padaku? Yang pasti misi peringkat pertamaku kali ini berjaya.

Misi peringkat kedua kuteruskan dengan kunjunganku ke pasar raya berdekatan. Di sana kutemui krim pencerah lengkap Fair & Lovely dengan pelbagai variasi lain. Setahu aku dahulu, krim ini hanya ada sejenis sahaja tetapi kini ia adalah satu set lengkap dengan pembersih muka dan krim pencerah antiparut. Bukan itu sahaja, formula semua produk tersebut kini dipertingkatkan lagi dengan tambahan multivitamin untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap.

Aku kagum dan terus-terusan kagum dengan apa yang kutemui itu. Betapa aku telah melupakannya setelah sekian lama tetapi ia tidak pernah sekalipun melupakanku. Misi peringkat ketiga kuteruskan dengan penggunaan dan pemakaian produk Fair & Lovely tersebut. Aku mendapatkan bekalan yang cukup untuk kubawa pulang semula ke kem.

Petang itu sedang aku sibuk memeriksa bekalan ubat-ubatan yang baru diterima, aku disapa oleh satu suara yang menegurku. Suatu suara yang memang aku benar-benar kenali, suara Kapten Shahril. Aku bertanyakan atas hajat apa dia ingin bertemu denganku tetapi dia pantas sahaja berseloroh menjawab kerana rindu. Hampir terduduk aku mendengar jawapan ringkas tersebut.

Shahril juga memohon maaf kerana tidak dapat untuk bersama-sama bersembang dan berbual panjang denganku sewaktu kunjungannya beberapa kali denganku dahulu. Ada tugasan besar yang perlu dilaksanakan segera apabila dia ditukarkan ke situ. Tugasan daripada Komandan Kem bagi membina jambatan konkrit di pedalaman untuk menggantikan jambatan kayu yang runtuh akibat hujan lebat.

Dia terpaksa berusaha keras untuk menyiapkannya kerana jambatan tersebut adalah satu-satunya jalan penghubung untuk penduduk di kampung-kampung pedalaman itu. Aku segera teringat beberapa kunjungan Kapten Shahril yang sememangnya kerana urusan rasmi dengan mendaftarkan dan melaporkan tentang beberapa anggota unitnya yang tercedera dalam pembinaan dan juga beberapa anggotanya yang menghidapi demam malaria dan terpaksa dimasukkan ke wad.

Kini kerja-kerja pembinaan jambatan baru berjalan lancar dan jambatan sementara juga sudah boleh dilalui oleh penduduk kampung. Di kelapangan itulah Shahril menjengukku. Pun begitu aku dan dia masih lagi agak kekok untuk berbicara hal peribadi dan kami masih lagi mengehadkan pokok perbincangan pada hal-hal berkaitan tugas.

Tiba-tiba terpacul soalan keramat dari mulut Shahril yang bertanyakan tentang ke mana aku menghilang selama ini? Dengan tenang, dia memohon maaf kepadaku sekiranya ada kesalahan yang maha besar yang pernah dilakukannya terhadapku yang hingga kini tak mungkin terampun olehku. Hatiku menjadi sayu terhadap pertanyaannya itu.

Shahril beranggapan begitu untuk sekian lama dan dipendamkan juga perasaan cinta terhadapku itu tanpa adanya kesudahan sehingga kini. Namun apakah yang memberanikannya untuk meluahkan perasaannya sekarang? Dengan selamba dia menjawab teringatkan gurauan “Prebet Comel” itu dan ternyata Shahril dapat menyedari tentang perubahan yang berlaku pada wajahku ketika ini. Agak sedikit berseri jika dibandingkan ketika pertemuannya yang dahulu, ujarnya.

Aku tersipu-sipu malu lantas mengatakan bahawa ia hanyalah bedak asas sahaja tetapi Shahril inginkan kepastian dan mencabar aku untuk membasuh mukaku ketika itu. Kusahut cabarannya itu dengan membasuh mukaku dan sememangnya wajahku mempamerkan rona-rona serinya. Perlahan-lahan kukesat wajahku dengan menggunakan sehelai tuala merah. Shahril hanya mengenyit matanya kepadaku dan berbisik bahawa aku tetap manis macam dahulu.

Belumpun sempat aku mengatur bicara seterusnya, kami didatangi oleh Mejar Abu Bakar selaku Komandan Kem yang membawa berita tergempar yang memerlukan perhatian segera. Berita tersebut disampaikannya sendiri kepada Kapten Shahril yang kebetulan berada di situ.

Hujan renyai yang turun berterusan selama beberapa hari telah menyebabkan struktur tanah di sekitar jambatan sementara yang dibina mengalami keretakan. Ini diburukkan lagi dengan air sungai deras berlumpur yang melanda akibat pembalakan haram di bahagian hilir sungai. Kapten Shahril diarahkan ke lokasi dan memperbaiki kerosakan tersebut dengan segera.

Shahril bingkas bangun setelah menerima arahan dan bersedia untuk bergerak. Renungan matanya menggambarkan kepuasan hatinya ketika itu. Dia terus sahaja mencapai tuala merah yang masih berada di tanganku dan menyatakan bahawa tuala itu adalah azimat untuknya di saat genting seperti ini.

Dia terus beredar dengan segera dan aku terus memerhatikannya sehinggalah dia hilang di mata di sebalik hujan renyai yang turun terus membasahi bumi. Hatiku terus berkocak dengan perasaan gembira berbaur bimbang.

Seawal jam 6 pagi aku dikejutkan dengan berita tergempar bahawa jambatan sementara yang dibina telah runtuh dek asakan kayu balak hanyut yang menyusuri dan mengalir bersama arus deras sungai. Aku diarahkan ke tempat tragedi untuk memberikan bantuan perubatan dengan seberapa segera.

Setelah sampai di tempat kejadian, hampir pengsan kurasakan apabila aku diberitahu bahawa Kapten Shahril dilaporkan hanyut bersama jambatan yang runtuh itu. Tiga orang yang hanyut bersamanya telah dijumpai dan hanya Shahril sahaja yang gagal dikesan hingga kini. Aku menyertai kumpulan mencari dan menyelamat walaupun dihalang kerana keadaan masih lagi merbahaya ketika itu.

Di kejauhan itu kulaungkan nama Shahril berulang kali, air mataku terhambur keluar tak berhenti dan bercampur dengan titisan hujan. Setelah beberapa ketika mencari, satu pasukan di depanku memancarkan kilauan cahaya merah tanda kecemasan, pastinya ada sesuatu yang telah mereka temui. Kupercepatkan langkahku dan hati ini juga tidak akan pernah berhenti berdoa.

Di kejauhan itu aku terlihat sekujur tubuh yang tersangkut pada celahan rumpunan buluh di tepi sungai dan sedikit demi sedikit ia bergerak-gerak ketika pasukan penyelamat sedang membantunya. Shahril masih bernyawa dan selamat tetapi keletihan.

Jelas kelihatan tuala merah kepunyaanku diikatkan ke tangannya dan hujung yang satu lagi tersangkut kemas di celah rimbunan buluh tersebut. Kudakap Shahril yang masih lagi keletihan. Shahril hanya mampu bersuara, “Terima kasih Prebet Comel.. Oh! Maaf, Kapten Comel.”

Oleh Masrul Ezam Masbi

Sumber: Mini Novella Fair & Lovely Harian Metro : Prebet Comel

P/S:ika hanye copy n paste cerpen nehh..bab ika rse cam besh cite nehh flower
Back to top Go down
http://download-official.blogspot.com
mr_stylo
DaK Kecik
DaK Kecik


Male Number of posts : 30
Age : 23
Location : Sungai Petani, Kedah
Hobby : Layari internet, main games, and Bola Sepak
MySpace / Friendster : www.myspace.com/heroes93
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: panjang gler..   Sat Dec 27, 2008 3:42 am

menarik..
tapi panjang sangat lah..
boleh x pendekkan sikit..
hehehhe..
Back to top Go down
aiE-man
Brutal
Brutal


Male Number of posts : 952
Age : 21
Location : sepang, selangor, malaysia
Hobby : guitar,drum,graffiti,sk8,ngurat awek,cuci moto,bermanja ngan awek
MySpace / Friendster : aiman_the_sasuke@yahoo.com
Registration date : 24/12/2008

PostSubject: Re: Prebet Comel   Sat Dec 27, 2008 11:29 pm

mr_stylo wrote:
menarik..
tapi panjang sangat lah..
boleh x pendekkan sikit..
hehehhe..

hahaha..
aku mls bce laa...
hahaha..
bgtau.
best jer laa..
hahahaha...

_________________
.:mencintaimu sebahagian hidupku:.
.:aiman_the_sasuke@yahoo.com:.
.:aimanfarhan@live.com.my:.
Back to top Go down
http://www.Frenzyspace.org
aiE-man
Brutal
Brutal


Male Number of posts : 952
Age : 21
Location : sepang, selangor, malaysia
Hobby : guitar,drum,graffiti,sk8,ngurat awek,cuci moto,bermanja ngan awek
MySpace / Friendster : aiman_the_sasuke@yahoo.com
Registration date : 24/12/2008

PostSubject: Re: Prebet Comel   Sat Dec 27, 2008 11:36 pm

mr_stylo wrote:
menarik..
tapi panjang sangat lah..
boleh x pendekkan sikit..
hehehhe..

btol 2..
pendekan sikit bru laa aku bce
hhahahaha

_________________
.:mencintaimu sebahagian hidupku:.
.:aiman_the_sasuke@yahoo.com:.
.:aimanfarhan@live.com.my:.
Back to top Go down
http://www.Frenzyspace.org
ina eypoh92
Brutal
Brutal


Female Number of posts : 837
Age : 23
Location : kg sri kinta,eypoh,pay rock,malaysia,bumi...
Hobby : mamam,surf net,bce buku n so on..
MySpace / Friendster : ms-normie_azwarina@yahoo.com....fs-normiemuslim@yahoo.com
Registration date : 13/12/2008

PostSubject: Re: Prebet Comel   Thu Jan 01, 2009 3:46 pm

adess..
pnjg nyer..
xlarat den bace..
adess..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Prebet Comel   Today at 3:36 pm

Back to top Go down
 
Prebet Comel
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FrenzyFM Forum (Original: Dak-YM) :: Sekapur Sirih :: Coretan-
Jump to: